29 Disember 2014

Persekolahan 2015

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

21 Disember 2014

Keputusan PT3 2014

Perkara : Majlis Penyerahan Keputusan PT3
Tarikh : 22 Dis 2014
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Merdeka SMKTTA

16 November 2014

Sambutan Maal Hijrah

Tarikh : 16 nov 2014
Tempat : Dewan Merdeka
Penceramah : Ustaz Norsakini bin Pasikah

11 Oktober 2014

MAJLIS IZIN ILMU

Tarikh : 12 Oktober 2014

8.30 - 10.10 pg      Menyusun atur dewan peperiksaan
10.10 - 10.30 pg    Pemeriksaan Dewan oleh Ketua Pengawas
10.30 - 11.50 pg    Taklimat PT3
11.50 - 1.10 thg     Majlis Izin Ilmu
1.10 - 2.30 ptg       PdP

16 Mac 2014

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali pertama 2014

Tarikh   : 16 Mac 2014 (Ahad)
Masa     : 2.30 petang
Tempat  : Bilik Mesyuarat

Majlis Perpisahan

Tarikh  : 16 Mac 2014
Hari     : Ahad
Masa    : 7.30 pagi
Tempat : Dataran Perhipunan

Tn Hj Abd Sukor bin Salikin (Tuan Pengetua)
Pn Nur Hana bt Salleh (Guru Penolong)
Pn Mazwan bt Suleiman (Ketua Pembantu Tadbir)

5 Mac 2014

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 oleh YB Tn Hj Ismail bin Mohamed (ADUN Bukit Serampang)

















Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 telah diadakan pada 27 Februari 2014 di Dewan SMK Tengku Temenggong Ahmad dan dirasmikan oleh YB Tn Hj Ismail bin Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang merangkap Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Johor.

30 Januari 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38

Tarikh              : 27 Februari 2014
Hari                 : Khamis
Masa               : 2.30 petang

Tempat            : Dewan SMK Tengku Temenggong Ahmad

27 Januari 2014

Majlis Pelancaran Program "STTA Menjulang Juara"

Tarikh : 5 Februari 2014 (Rabu)
Tempat : Padang SMKTTA
Masa : 3.00 - 4.00 petang

Aturcara Majlis
2.30 pm - Pelajar berkumpul mengikut kelab sukan dan permainan
3.00 pm - Para guru / pengetua mengambil tempat
3.15 pm - Ucapan alu-aluan oleh GPK Kokurikulum SMKTTA
              - Ucapan Pengetua SMKTTA
              - Penyerahan bendera sekolah kepada pengurus-pengurus
              - Pengenalan atlet / pemain sekolah
              - Ikrar atlet / pemain sekolah
              - Nyanyian lagu "Yakin Boleh"
              - Sorakkan Juara "STTA JUARA"
              - Nyanyian lagu "Negaraku"
4.00 pm - Bersurai

2 Januari 2014

Mesyuarat Dialog Prestasi PMR 2013

Tarikh : 5 Januari 2014 (Ahad)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pengetua
Agenda mesyuarat :

  1. Perutusan Pengerusi
  2. Pembentangan prestasi mata pelajaran oleh Ketua Panitia
  3. Penutup