Sejarah Penubuhan Sekolah

SMK TENGKU TEMENGGONG AHMAD dibina pada tahun 1965 kerana tiada sekolah menengah di kawasan Kundang Ulu.
Pada mulanya,  pelajar-pelajar terpaksa menumpang di sekolah-sekolah rendah di sekitar kawasan sementara menunggu pembinaan bangunan sekolah yang belum siap dibina.  Antara sekolah yang terlibat adalah SK Gersik (1965) dan SRJK(C) Kung Yu (1966) dan SK Seri Jaya,  Bukit Serampang (1966).
Pada tahun 1967,  STTA telah menggunakan bangunannya sendiri bersempena dengan nama Pesuruhjaya Kerajaan Daerah Muar.  Dari masa kesemasa,  STTA semakin  berkembang di mana pada tahun 1985 sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina.  Bangunan ini telah digunakan pada tahun 1987.  bangunan tersebut mengandungi 13 bilik darjah, 2 makmal sains, sebuah perpustakaan, sebuah bilik lukisan,  2 tandas,  sebuah bilik rawatan dan sebuah bilik bimbingan kaunseling. 
Pada tahun 1994,  satu kelas sains telah dibuka di mana pelajar yang mendaftar seramai 11 orang dan kemudiannya meningkat kepada 21 orang pada tahun 1995.  pada tahun itu juga,  sekolah ini telah menerima 40 buah komputer yang dilengkapi kemudahan internet.

PENGETUA SMKTTA


01. 1965-1966 En Khalil bin Mohamad
02. 1966-1972 Tn Hj Ali bin Azhari
03. 1972-1973 En Akasah bin Hj Abd Manan
04. 1973-1979 En Abdullah bin Mian
05. 1979-1981 En Abd Rahim bin Omar
06. 1981-1988 En Abd Rahim bin Ahmad
07. 1988-1990 Tn Hj Mohd Yassin bin Md Nor
08. 1990-1997 Tn Hj Ali bin Sukar
09. 1997-1999 Tn Hj Saman bin Sariff
10. 1999-2000 En Saibi bin Ibrahim
11. 2000-2001 Tn Hj Malek bin Mohamed
12. 2001-2005 Tn Hj Wagiman bin Shariff
13. 2005-2011 Tn Hj Suradi bin Sarikon
14. 2011-2014 Tn Hj Abd Sukor bin Salikin     
15. 2014-2015 En. Mustaffa Ma'rof
16. 2015- 2018 En Abd Rahman Selamat
17. 2018 - 2020 En Rasyidi bin Mohd Dom
18. 2020 - Pn Tuminah bte Baharom