Piagam Pelanggan Sekolah

FALSAFAH 
Kami percaya bahawa sistem perkhidmatan pendidikan di sekolah ini mampu menghasilkan insan yang seimbang dan harmonis sebagaimana yang temaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI
"PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA"
MISI
"MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

MATLAMAT STRATEGIK  SEKOLAH
  1. Melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum.
  2. Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif.
  3. Cemerlang dalam pengurusan dan pentadbiran.
  4. Cemerlang dalam pengurusan kewangan.
  5. Cemerlang dalam hubungan komuniti.
DASAR SEKOLAH
  •  Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara dan program yang ditetapkan oleh Kerajaan dengan cemerlang, penuh kesedaran, rasa tanggungjawab, dedikasi dan amanah.
  • Meletakkan kepentingan pelajar mengatasi kepentingan diri sendiri.
  • Mengamalkan citia-cita dan prinsip Rukun Negara dan perkhidmatan cemerlang.
  • Memberi kerjasama yang erat dan sokongan padu kepada Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Jabatan Pendidikan  Negeri Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan mana-mana jabatan lain atau badan-badan swasta.
  • Menjalinkan hubungan baik dan akrab dengan ibubapa dan penjaga pelajar serta masyarakat setempat.
  • Membina dan mengamalkan semangat kekitaan dalam kalangan warga SMK Tengku Temenggong Ahmad sebagai satu pasukan padu dan kuat berdasarkan semangat kekeluargaan.
  • Memberi galakan kepada guru dan kakitangan sokongan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.
  • Melaksanakan budaya kerja cemerlang dan sistematik.
  • Mengamalkan konsep "Pengetahuan Jiwa Kehidupan".


PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TENGKU TEMENGGONG AHMAD  dengan penuh tekad dan Iltizam berikrar dan berjanji  akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
  1. Memastikan  proses pengajaran dan pembelajaran  berjalan dengan  lancar  bermula  pada hari pertama persekolahan dan sepanjang tahun.
  2. Memastikan pengagihan buku SPBT kepada pelajar dapat dilaksanakan  dalam sebelum hari pertama persekolahan.
  3. Keputusan peperiksaan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga dalam masa 10 hari dari tarikh akhir peperiksaan / ujian.
  4. Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif  kepada kehendak pelanggan dan  sentiasa memberi layanan melalui perkhidmatan kaunter yang mesra dan berkualiti dalam  tempoh 30 minit.
  5. Segala aduan akan  diambil tindakan dalam tempoh seminggu.
  6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran membina daripada  semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan, kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.